Komited terhadap perkhidmatan berkualiti tinggi

Servis Cuci Karpet kuala Lumpur & Selangor. Kami Ambil & Hantar Dalam 7 Hari.

Hubungi Kami Sekarang!

Pengenalan Kami

Servis Cuci Karpet Professional, Bersih, Harum Dan Bebas Kuman

dobi cuci karpet

Pakar Cuci Karpet Kuala Lumpur & Selangor

Kedai Dobi Cuci Karpet menawarkan servis cuci karpet, beroperasi sejak 2012 di Puchong, Selangor. Servis kami bertumpu di sekitar Kuala Lumpur & Selangor sebagai pusat pengambilan, cucian dan penghantaran (pickup dan delivery center).

Kedai Dobi Cuci Karpet ialah perkhidmatan profesional cuci dan basuh karpet yang memberi fokus khusus kepada penjagaan karpet rumah. Kami pakar dalam membersihkan pelbagai jenis karpet dengan teknik moden bagi memastikan kesegaran, kebersihan dan ketahanan karpet anda dipulihkan — tanpa merosakkan gentian. Sesuai untuk pelanggan yang menghargai kebersihan, kualiti dan servis yang mudah.

Kami mengunakan sistem, kaedah dan bahan cucian yang disarankan oleh IICRC – Institute of Inspection Cleaning and Restoration Certification, sebuah organisasi antarabangsa untuk pembersihan karpet dan upholsteri.

Kepakaran kami dalam basuh karpet cara “deep-cleaning” mengunnakan mesin berteknologi tinggi dengan sistem 5 langkah yang menghilangkan kotoran, habuk jauh di dalam permaidani, membunuh bakteria, kulat yang menyebabkan bau busuk.

Perkhidmatan Utama:

  • Servis Cuci Karpet Profesional – membersih, menanggalkan kotoran degil, debu & alergen.
  • Pickup & Delivery Karpet – kami datang ambil karpet anda di rumah/pejabat dan pulangkan selepas siap dicuci.
  • Basuh Karpet Mengikut Jenis – teknik khas untuk karpet bulu, karpet moden & rug pelbagai fabrik.
  • Rawatan Bau & Noda – penyelesaian untuk bau tidak menyenangkan dan tompokan degil.

Kenapa Pilih Dobi Cuci Karpet:

  • Pakar dalam cuci karpet sahaja — fokus penuh kepada penjagaan karpet.
  • Servis ambil & hantar yang menjimatkan masa anda.
  • Sesuai untuk rumah, pejabat & ruang komersial.
  • Hasil bersih, wangi dan profesional.

Cara Dapatkan Servis Kami:

1. Jadualkan Pengambilan Karpet

Hubungi kami melalui panggilan telefon, WhatsApp atau buat tempahan secara dalam talian pada waktu yang paling sesuai untuk anda. Van kami akan datang ke rumah untuk pickup karpet anda.

2. Kami Cuci & Jaga Dengan Teliti

Karpet anda akan dilabel dan melalui proses cucian mendalam menggunakan sistem pembersihan profesional kami. Selepas dicuci, karpet akan dikeringkan, dibungkus, dilabel dan disimpan di kawasan yang bersih dan terkawal.

3. Nikmati Hasilnya

Karpet anda akan dihantar semula dalam tempoh 7–10 hari bekerja dalam keadaan lebih bersih, lebih segar, lebih lembut dan bebas daripada habuk serta kotoran.

Mengapa Perkhidmatan Kami Berkesan

Proses Cucian Mendalam 5 Langkah

Kelebihan:
Setiap karpet melalui proses menyental, membilas, mengekstrak kotoran, membasmi kuman dan mengeringkan secara menyeluruh.

Manfaat Untuk Anda:
Membantu menyingkirkan habuk, kotoran, bakteria dan bau yang terperangkap di dalam karpet, menjadikannya lebih bersih, segar dan selesa digunakan.


Mesin Pengekstrakan Air Panas (Hot Water Extraction)

Kelebihan:
Mengeluarkan kotoran yang terperangkap jauh di dalam gentian karpet tanpa penggunaan gosokan yang kasar.

Manfaat Untuk Anda:
Mengekalkan tekstur dan warna asal karpet sambil menanggalkan kotoran degil yang sukar dibersihkan dengan kaedah biasa.


Bahan Pembasmi Bakteria

Kelebihan:
Membantu meneutralkan bakteria, kuman dan alergen dengan selamat semasa proses cucian.

Manfaat Untuk Anda:
Mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk kanak-kanak, warga emas, haiwan peliharaan dan seluruh keluarga.


Pengeringan & Penyimpanan Dalam Ruang Bersih

Kelebihan:
Karpet dikeringkan dan disimpan di kawasan yang bersih selepas proses cucian selesai.

Manfaat Untuk Anda:
Mengurangkan risiko karpet menjadi kotor semula sebelum dihantar kembali ke rumah anda.


Pengangkutan Percuma Untuk 5 Helai Karpet atau Lebih

Kelebihan:
Kami menyediakan servis pengambilan dan penghantaran terus ke rumah atau pejabat anda.

Manfaat Untuk Anda:
Menjimatkan masa, tenaga dan kos pengangkutan, tanpa perlu mengangkat atau menghantar karpet sendiri.


Jaminan Kepuasan 100%

Kelebihan:
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil cucian, kami akan menilai semula dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Manfaat Untuk Anda:
Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami dengan lebih yakin kerana kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.

dobi cuci karpet
dobi cuci karpet
Klik video cara pembersihan
karpet kami
Jaminan Bersih Dan Wangi

Kaedah Pembersihan

Penyemburan bahan cucian berkualiti, khusus untuk karpet, dengan sijil Halal dan selamat untuk kanak-kanak & haiwan peliharaan.

dobi cuci karpet

Proses membilas dengan air 2 kali sebelum dan selepas scrubbing untuk mengeluarkan pasir, habuk, zarah berat.

dobi cuci karpet

Pembersihan mengunakan mesin scrubbing permukaan karpet untuk menghilangkan kotoran, melonggarkan gentian keras dan meluruskan gentian karpet.

dobi cuci karpet

Sistem hot water extraction berkesan untuk menanggalkan kotoran, habuk dan sisa pembersihan dengan berkesan.

dobi cuci karpet

Tempat indoor clean-room untuk pengeringan dengan mesin dan sistem pengeringan moden.

Karpet dibalut dengan plastic dan disimpan di stor clean-room untuk penghantaran.

Sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat, sila

Sebelum dan Selepas Cucian

dobi cuci karpet
dobi cuci karpet
dobi cuci karpet
dobi cuci karpet
Cara Yang Mudah

4 Langkah Pesanan

01

Beritahu kami masa yang sesuai untuk kami mengambil karpet anda

02

Sebarang pertanyaan proses dan sistem yang anda ada soalan dapat kami bantu. 

03

Driver akan hubungi untuk pengambilan & penghantaran

04

Karpet akan diambil dan di-tag. Penghantaran dalam 10 hari bekerja.

Ingin karpet bersih dan wangi? Hubungi kami sekarang!

Pembersihan Terbaik Untuk Karpet Anda

Perkhidmatan Yang Dipercayai Oleh Lebih 15,000 Pelanggan

carpet measurement
Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Kenapa Kami

Pakar Berpengalaman Lebih 10 Tahun
Servis Pantas & Menepati Masa
Harga Berpatutan
Sistem & Mesin Berteknologi
Komitmen Kepuasaan Pelanggan
Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
Soalan Lazim

FAQ

Proses cucian, pengeringan, pembungkusan dan penghantaran akan mengambil masa 7- 10 hari bekerja.

Team kami akan mengambil ukuran dan memberikan resit.

Ya, proses cucian kami selamat untuk semua jenis karpet termasuk – Synthetic, Wool, Silk, Oriental, handmade, Persian. Kami mengunakan langkah dan teknik pembersihan mengikut jenis karpet yang disyorkan

Kami tak memberi jaminan semua jenis kotoran boleh hilang, ini kerana kesan kotoran lama akan merosakan gentian karpet, apabila ada kotoran akan menyebabkan “discoloration” (perubahan warna).

Permaidani mudah mengumpul habuk dan kotoran yang menjadikannya kusam, jadi selepas dibersihkan ia menjadi lebih cerah. Walau bagaimanapun, apabila kotoran dikeluarkan akan ada kesan perubahan warna yang dipanggil “discoloration”, ia terhasil akibat kerosakan kekal pada gentian karpet.

Cara cucian dan bahan cucian tidak akan memudarkan warna. Kesan pudar warna adalah daripada kondisi karpet yang sudah buruk, tua dan tidak dijaga baik.  

Karpet yang sudah reput dan berhabuk tidak boleh dibersihkan kerana gentian karpet sudah rosak dan keluar, ianya kerosakan yang kekal. Karpet reput disebabkan oleh kondisi karpet yang lama disimpan di tempat panas atau diletakkan dibawah cahaya matahari.

Karpet yang diletakkan di bawah objek berat seperti sofa, coffee table, kerusi untuk jangka masa panjang akan mengalami kesan lekuk (flattenened). Kondisi lekuk begini tidak dapat dipulihkan dan juga selepas dibersihkan akan mengalami kesan perubahan warna (discoloration).

Kami akan memberikan resit sebagai bukti pengambilan dan waktu pemulangan karpet.

Kawasan Perkhidmatan Di Kuala Lumpur & Selangor

Cuci Karpet di Kuala Lumpur

Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan pusat perniagaan, kediaman dan gaya hidup yang sentiasa sibuk. Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, trafik yang aktif serta pembangunan pesat, habuk dan kotoran mudah memasuki rumah dan pejabat setiap hari. Karpet yang digunakan di ruang tamu, bilik tidur, surau atau pejabat sering menjadi tempat pengumpulan habuk, alergen dan bakteria tanpa disedari.

Selain itu, cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di Kuala Lumpur boleh menyebabkan karpet menyimpan kelembapan, seterusnya menghasilkan bau hapak dan menggalakkan pertumbuhan kulat jika tidak dibersihkan secara berkala. Oleh sebab itu, ramai pemilik rumah, pejabat, hotel dan premis komersial memilih menggunakan servis cuci karpet profesional bagi memastikan karpet sentiasa bersih, segar dan selamat digunakan.

Dobi Cuci Karpet menyediakan perkhidmatan cuci karpet dengan servis pengambilan dan penghantaran yang memudahkan pelanggan di seluruh Kuala Lumpur menikmati karpet yang lebih bersih tanpa perlu bersusah payah menghantarnya sendiri.

Daerah di Kuala Lumpur: Cheras, Kepong, Bangsar, Bukit Jalil, Sri Petaling, Sentul, Wangsa Maju, Setapak, Mont Kiara, Desa Park City.

Cuci Karpet Di Selangor

Selangor merupakan negeri yang paling maju dan mempunyai populasi terbesar di Malaysia. Kawasan seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Puchong menempatkan jutaan penduduk yang menggunakan karpet sebagai sebahagian daripada dekorasi dan keselesaan kediaman mereka.

Disebabkan gaya hidup moden dan persekitaran bandar yang sibuk, karpet sering terdedah kepada habuk, pasir, bulu haiwan peliharaan, tumpahan makanan dan pelbagai kotoran harian. Tambahan pula, cuaca lembap di Selangor boleh menyebabkan karpet menyerap kelembapan dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika tidak dicuci secara berkala.

Menariknya, ramai pakar kebersihan mengesyorkan karpet dicuci sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun untuk membantu mengekalkan kualiti udara dalaman yang lebih baik. Dengan perkhidmatan pickup dan delivery, Dobi Cuci Karpet membantu penduduk di seluruh Selangor mendapatkan karpet yang lebih bersih, segar dan selesa tanpa mengganggu rutin harian mereka.

Daerah di Selangor: Petaling Jaya, Damansara, Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Klang, Ampang, Gombak, Sg. Bulh, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan

Maklumat Hubungan Kami

Call Now: +6019-309 7102

Email: dobicucikarpet@gmail.com

WhatsApp: +6019-309 7102

Operating Hours

Monday – Friday: 8:00 AM – 7:00 PM
Saturday: 8:00 AM – 6:00 PM
Sunday: Closed
Public Holidays: By appointment

Alamat Kedai: Pusat Perniagaan Kinrara, Sek 3, Taman Kinrara, 47190 Puchong, Selangor

UNIQCARE CLEANING 002533893-V © Copyright 2025 dobicucikarpet.com. All Rights Reserved.