
Kedai Dobi Cuci Karpet menawarkan servis cuci karpet, beroperasi sejak 2012 di Puchong, Selangor. Servis kami bertumpu di sekitar Kuala Lumpur & Selangor sebagai pusat pengambilan, cucian dan penghantaran (pickup dan delivery center).
Kedai Dobi Cuci Karpet ialah perkhidmatan profesional cuci dan basuh karpet yang memberi fokus khusus kepada penjagaan karpet rumah. Kami pakar dalam membersihkan pelbagai jenis karpet dengan teknik moden bagi memastikan kesegaran, kebersihan dan ketahanan karpet anda dipulihkan — tanpa merosakkan gentian. Sesuai untuk pelanggan yang menghargai kebersihan, kualiti dan servis yang mudah.
Kami mengunakan sistem, kaedah dan bahan cucian yang disarankan oleh IICRC – Institute of Inspection Cleaning and Restoration Certification, sebuah organisasi antarabangsa untuk pembersihan karpet dan upholsteri.
Kepakaran kami dalam basuh karpet cara “deep-cleaning” mengunnakan mesin berteknologi tinggi dengan sistem 5 langkah yang menghilangkan kotoran, habuk jauh di dalam permaidani, membunuh bakteria, kulat yang menyebabkan bau busuk.
Hubungi kami melalui panggilan telefon, WhatsApp atau buat tempahan secara dalam talian pada waktu yang paling sesuai untuk anda. Van kami akan datang ke rumah untuk pickup karpet anda.
Karpet anda akan dilabel dan melalui proses cucian mendalam menggunakan sistem pembersihan profesional kami. Selepas dicuci, karpet akan dikeringkan, dibungkus, dilabel dan disimpan di kawasan yang bersih dan terkawal.
Karpet anda akan dihantar semula dalam tempoh 7–10 hari bekerja dalam keadaan lebih bersih, lebih segar, lebih lembut dan bebas daripada habuk serta kotoran.
Kelebihan:
Setiap karpet melalui proses menyental, membilas, mengekstrak kotoran, membasmi kuman dan mengeringkan secara menyeluruh.
Manfaat Untuk Anda:
Membantu menyingkirkan habuk, kotoran, bakteria dan bau yang terperangkap di dalam karpet, menjadikannya lebih bersih, segar dan selesa digunakan.
Kelebihan:
Mengeluarkan kotoran yang terperangkap jauh di dalam gentian karpet tanpa penggunaan gosokan yang kasar.
Manfaat Untuk Anda:
Mengekalkan tekstur dan warna asal karpet sambil menanggalkan kotoran degil yang sukar dibersihkan dengan kaedah biasa.
Kelebihan:
Membantu meneutralkan bakteria, kuman dan alergen dengan selamat semasa proses cucian.
Manfaat Untuk Anda:
Mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk kanak-kanak, warga emas, haiwan peliharaan dan seluruh keluarga.
Kelebihan:
Karpet dikeringkan dan disimpan di kawasan yang bersih selepas proses cucian selesai.
Manfaat Untuk Anda:
Mengurangkan risiko karpet menjadi kotor semula sebelum dihantar kembali ke rumah anda.
Kelebihan:
Kami menyediakan servis pengambilan dan penghantaran terus ke rumah atau pejabat anda.
Manfaat Untuk Anda:
Menjimatkan masa, tenaga dan kos pengangkutan, tanpa perlu mengangkat atau menghantar karpet sendiri.
Kelebihan:
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil cucian, kami akan menilai semula dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Manfaat Untuk Anda:
Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami dengan lebih yakin kerana kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.




Penyemburan bahan cucian berkualiti, khusus untuk karpet, dengan sijil Halal dan selamat untuk kanak-kanak & haiwan peliharaan.

Proses membilas dengan air 2 kali sebelum dan selepas scrubbing untuk mengeluarkan pasir, habuk, zarah berat.

Pembersihan mengunakan mesin scrubbing permukaan karpet untuk menghilangkan kotoran, melonggarkan gentian keras dan meluruskan gentian karpet.

Sistem hot water extraction berkesan untuk menanggalkan kotoran, habuk dan sisa pembersihan dengan berkesan.

Tempat indoor clean-room untuk pengeringan dengan mesin dan sistem pengeringan moden.

Karpet dibalut dengan plastic dan disimpan di stor clean-room untuk penghantaran.




Sebarang pertanyaan proses dan sistem yang anda ada soalan dapat kami bantu.


5 langkah cucian machine dan pengeringan

5 langkah cucian machine dan pengeringan

5 langkah cucian machine dan pengeringan tambahan

5 langkah cucian manual dan pengeringan
Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Serdang, Seri Kembanga
CAJ TRANSPORT PERCUMA 5 KARPET KE ATAS
Putrajaya/ Cyberjaya/ Kajang/ Bangi/ Klang/ Kota Kemuning/ Kota Damansara/ Bangsar/ Mont Kiara/ Damansara/ Sg. Buloh/ Cheras/ Ampang/ Gombak/ Ulu Kelang/ Kepong/ Semenyih
CAJ TRANSPORT PERCUMA 5 KARPET KE ATAS
Proses cucian, pengeringan, pembungkusan dan penghantaran akan mengambil masa 7- 10 hari bekerja.
Team kami akan mengambil ukuran dan memberikan resit.
Ya, proses cucian kami selamat untuk semua jenis karpet termasuk – Synthetic, Wool, Silk, Oriental, handmade, Persian. Kami mengunakan langkah dan teknik pembersihan mengikut jenis karpet yang disyorkan
Kami tak memberi jaminan semua jenis kotoran boleh hilang, ini kerana kesan kotoran lama akan merosakan gentian karpet, apabila ada kotoran akan menyebabkan “discoloration” (perubahan warna).
Permaidani mudah mengumpul habuk dan kotoran yang menjadikannya kusam, jadi selepas dibersihkan ia menjadi lebih cerah. Walau bagaimanapun, apabila kotoran dikeluarkan akan ada kesan perubahan warna yang dipanggil “discoloration”, ia terhasil akibat kerosakan kekal pada gentian karpet.
Cara cucian dan bahan cucian tidak akan memudarkan warna. Kesan pudar warna adalah daripada kondisi karpet yang sudah buruk, tua dan tidak dijaga baik.
Karpet yang sudah reput dan berhabuk tidak boleh dibersihkan kerana gentian karpet sudah rosak dan keluar, ianya kerosakan yang kekal. Karpet reput disebabkan oleh kondisi karpet yang lama disimpan di tempat panas atau diletakkan dibawah cahaya matahari.
Karpet yang diletakkan di bawah objek berat seperti sofa, coffee table, kerusi untuk jangka masa panjang akan mengalami kesan lekuk (flattenened). Kondisi lekuk begini tidak dapat dipulihkan dan juga selepas dibersihkan akan mengalami kesan perubahan warna (discoloration).
Kami akan memberikan resit sebagai bukti pengambilan dan waktu pemulangan karpet.

Pusat Perniagaan Kinrara, Sek 3, Taman Kinrara, 47100 Puchong, Selangor